Bisikan kata hati



Ramai yang mengeluh apabila hujan turun dari langit.
“Aduh..! hujan la pulak”
“Alaaaaa, hujan lagi..!”
dan lain-lain keluhan.

Tidak kah kita sedar bahawa hujan itu pembawa rahmat?
Turun dengan penuh berani menimpa bumi atas arahan Yang Maha Sempurna?

Hujan turun untuk Allah memustajabkan doa-doa kita.
Hujan turun untuk tumbuhan dan haiwan.
Hujan turun untuk manusia menyejukkan badan.

Allah sentiasa memahami keadaan makhluk-Nya lebih dari diri kita sendiri.
Lalu, Allah berikan kita hujan kerana kita sering mengeluh kerana panas,
Namun, kita tidak berpuas hati pula apabila cuaca hujan,
padahal untuk kita juga hujan itu turun.

sungguh sedikit kami bersyukur atas kurniaan-Mu,ya Rabb.
Kami sering tersungkur, Allah.
Bantulah kami mendidik hati ini, bimbinglah kami ke jalan yang benar.”


No comments:

Post a Comment

cerita hujung jari kam0